Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Tuesday, August 10, 2010

Adab-Adab Berpuasa Ramadan

Bersahur diakhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Qur'an secara sederhana)
·         Dari Amru al-As r.a., Nabi SAW bersabda, "Perbezaan diantara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur (Muslim, 2/770)
·         dari Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda, "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" (Al-Bukhari, 4/1983: Muslim)
·         Dari Abu Said al-Khudri r.a., Nabi SAW bersabda, "Bersahur adalah sesuatu keberkatan. Oleh kerananya, janganlah kamu mengabaikannya walaupun seorang diantara kamu hanya bersahur dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang yang bersahur" (Ahmad, 3/12)

Memperbanyakkan bacaan al-Qur'an dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
·         Dari Ibnu Abbas r.a., "Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan apatah lagi apabila setelah bertemu Jibrail. Biasanya Jibrail menemuinya setiap malam dibulan Ramadan. Dia mengajaknya untuk bertadarus al-Qur'an. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dalam melakukan amalan kebaikan melebihi tiupan angin" (Riwayat al-Bukhari)

Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
·         Nabi SAW bersabda, "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat al-Bazzar)
·         Nabi SAW bersabda, "Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)

Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
·         Dari Abdullah bin Amru al-As r.a., Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya adalah waktu doa yang tidak ditolak" (Riwayat Ibn Majah)

Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib
·         Dari Sahli bin Saad r.a., Nabi SAW bersabda, "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Bukhari, 4/1957)

Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
·         Dari Anas bin Malik r.a., "Rasulullah SAW biasa berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum mengerjakan solat. Jika tidak ada, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga, maka baginda berbuka dengan beberapa teguk air (Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
·         Nabi SAW mengajar doa yang sahih ketika berbuka, "Telah hilang dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahala InsyaAllah" (Riwayat Abu Dawud, 2/2357)

Amat disunatkan untuk menyedekahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbukauntuk orang ramai terutamanya orang miskin
·         Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang memberi juadah berbuka puasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun"(At-Tirmidzi, 3/807)

No comments: